Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang baik? Sejajar transformasi ke arah ‘norma semasa’ ketika pandemik ini, kepimpinan yang berkesan sekali lagi menjadi tumpuan. Bagaimana para pemimpin organisasi akan terus mengorak langkah kehadapan dalam mendatangi masa depan yang penuh cabaran dan sekaligus mengadaptasi skillset yang lebih tangkas dan efektif? Pemimpin dan pengurus telahpun berhadapan dengan tugas yang cukup sukar—menavigasi pekerja dengan cara yang tidak pernah mereka jangkakan pra-Covid dan dalam masa yang sama, menyesuaikan diri dengan ‘virtual leadership’. Mengapakah process ini lebih lancar bagi beberapa daripada yang lain? Ungkapan popular – ‘norma baharu’ telah menggambarkan situasi ini dengan tepat, yang mana di era pandemik ini organisasi kini terpaksa menggunakan perspektif dan amalan organisasi baharu agar maju dan lebih dinamik. Apakah peranan para pemimpin dalam memacu organisasi dan para pekerja mencapai tahap yang terbaik? Bagaimana pemimpin dalam sesebuah organisasi tampil berani mendepani situasi mencabar dalam menangani krisis kepimpinan? Persidangan Pengurusan dan Kepimpinan Dinamik 2021 anjuran Comfori adalah platform terunggul bagi membincangkan isu-isu berkaitan kepimpinan dan pengurusan pasca Covid-19 dalam menghadapi norma semasa. Persidangan ‘hybrid’ ini akan menonjolkan barisan pemimpin yang cukup berkaliber di mana mereka akan berkongsi pendekatan kepimpinan yang terbaik dan relevan dengan masa kini.
""
· Menjadi pentas untuk mempelajari kemahiran baru dan menaik taraf kemahiran yang sedia ada serta membingkan strategi dan hala tuju semasa · Menambahkan pengetahuan dan kefahaman suasana perhubungan di tempat kerja pasca Covid-19 · Menyuntik idea-idea baharu bagi memperkasa proses di organisasi masing-masing · Mendedahkan peserta kepada trend dan kompetensi kepimpinan yang terkini · Menerapkan ‘leadership best practices’ untuk diaplikasikan di organisasi masing-masing |
![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persidangan Pengurusan & Kepimpinan Dinamik ini dianjurkan khas bagi pemimpin dan pembuat keputusan peringkat atasan seperti CEO, COO, CTO, CIO, Ketua-ketua, Presiden, VP, Pengarah, GM dan kakitangan kanan termasuk Kerajaan Tempatan, Agensi & Pihak Berkuasa serta wanita-wanita dari organisasi-organisasi berikut: • Sektor awam dan swasta • Pembuat keputusan dari sektor korporat • Badan-badan NGO • Pengurus-pengurus • Usahawan Dan bahagian-bahagian lain yang terlibat dari pelbagai latar belakang dan industri |