PERSIDANGAN MODAL INSAN adalah persidangan tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2011 dan berjaya mengumpulkan pakar- pakar dalam bidang pengurusan manusia untuk tampil dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka bersama bersama para delegasi yang hadir daripada pelbagai latarkbelakang.
Tidak dapat dinafikan, aplikasi teknologi dan kemajuan komunikasi digital ternayata banyak memberi kemudahan dalam aspek pengurusan modal insan. Namun, sejauh manakah data yang dinterpretasikan benar-benar menunjukkan prestasi pekerja? Adakah kebergantungan kepada data semata-mata boleh memacu kemajuan organisasi dan mendukung perkembangan bakat. Benarkah bahawa penggunaan telekomunikasi digital oleh pihak pengurusan sumber manusia telah menghadkan interaksi telus terhadap pekerja sekaligus mewujudkan jurang antara kedua- dua pihak?
Selain tugasan pengurusan, jabatan sumber manusia juga berperanan penting dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan dalam organisasi. Pembudayaan cara kerja sihat dan seimbang adalah titik penting yang ingin dicapai dalam sesebuah organisasi. Kecenderungan para pekerja untuk menghadapi tekanan mental akibat beban kerja yang tidak berkesudahan juga boleh dielakkan dengan penglibatan pihak sumber manusia dalam mengenalpasti dan mengawasi sebarang tanda-tanda yang wujud dalam diri pekerja sebelum situasi menjadi lebih tidak terkawal.
Persidangan Modal Insan yang ke-11 ini akan menyajikan informasi, pendekatan dan teknologi tekini dalam dunia HR. Selain itu, persidangan ini juga akan membawa pakar-pakar dalam bidang HR yang berpengalaman luas untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan aspirasi mereka sepanjang berkhidmat dalam bidang ini. Anda pasti berpuas hati! |
· Mempelajari kemahiran baru dan menaik taraf kemahiran sedia anda. Tidak kira berapa lama anda berada dalam bidang HR atau apa kedudukan anda dalam syarikat, sentiasa ada sesuatu yang anda perlu belajar. Trend dan persepsi berubah, strategi dan inovasi baru dalam HR juga berlaku sepanjang masa. Persidangan ini akan memberikan anda akses kepada pelbagai pengetahuan HR dan amalan terbaik terkini dalam industri.
· Mendengar daripada pakar-pakar. Penceramah kami terdiri daripada pemimpin yang berjaya, ahli strategi dan pengamal. Anda akan didedahkan kepada amalan, tips dan tunjuk-ajar dalam asas-asas HR yang telah dicuba dan diuji. Anda turut berpeluang untuk mempelajari strategi baru yang lebih berinovatif sekaligus mengubah pendekatan perniagaan anda.
· Membina rangkaian dengan rakan-rakan seindustri. Apabila anda bertemu dengan ahli profesional di persidangan ini, anda akan mempunyai peluang untuk bekerjasama dan didedahkan kepada idea-idea baru yang mungkin mengubah persepsi anda. Jangan lepaskan peluang untuk diinspirasikan oleh mereka yang berpengalaman dan berjaya melalui perkongsian kisah kejayaan mereka dan pastikan anda juga berada di landasan yang betul!
· Kekal relevan dan mengikuti perkembangan semasa. Dapatkan peluang untuk memartabatkan isu-isu pengurusan sumber manusia bagi meningkatkan daya saing organisasi anda dalam persekitaran sosio-ekonomi dan dunia teknologi yang semakin mencabar |
PERSIDANGAN MODAL INSAN menampilkan barisan pemimpin dalam organisasi dan pengamal HR yang terbaik untuk berhubung dan mengetengahkan strategi pengurusan dan perkhidmatan HR dan isu-isu berkaitan peranan HR yang semakin kompleks, dalam usaha membantu organisasi untuk terus berkembang lebih kukuh. Tema-tema utama yang akan dibincangkan adalah: · Sumber manusia dalam era digital · Kepentingan pengurusan bakat dan mengapa organisasi perlu melabur ke atasnya · Strategi pembelajaran dan pembangunan bakat untuk kelangsungan organisasi · Menghargai setiap individu dalam pasukan yang berkepelbagaian · Memacu fungsi HR melalui aplikasi teknologi · Bagaimana Neuro Linguistic Programming (NLP) boleh membantu anda dalam pengurusan bakat yang hebat dan berkebolehan. |
Persidangan ini direka khusus untuk: · Pengerusi · Timbalan Pengerusi · Pengarah · Pengarah Urusan · Ketua · Ketua Jabatan · Pengurus · Penolong Pengurus · Pegawai · Senior Personnel · Eksekutif daripada Jabatan Sumber Manusia atau Modal Insan |
Mejar Mohammad Qayyum Bin A. Badaruddin Wesley Chan Jeffro Ong |
Hezzi Hamid Claire Keow Mohammed Harris Rosnan
Dr. Amat Taap Manshor Wan Ezrin Sazli Bin Wan Zahari James Warren
Haniza Mohamad Fadzil Param Moorthi Alvin Teh
|