Mengikut Laporan Modal Insan 2017 oleh Forum Ekonomi Dunia, Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Tan Sri Dr Michael Yeoh berkata pembangunan modal insan Malaysia menduduki tempat kedua di Asia Tenggara dan ke-33 di peringkat antarabangsa. Mempertingkatkan pembangunan modal insan adalah antara teras utama Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020). Menurut RMK-11 yang dibentangkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pembangunan modal insan adalah sumber penting dalam memacu dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi, serta menyokong peralihan kesemua sektor ekonomi ke arah aktiviti intensif pengetahuan. Pembangunan modal insan ini juga akan mendukung aspirasi Malaysia ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Firma tempatan perlu lebih kompetitif untuk kekal relevan dan terus berdaya saing dalam industri. Objektif ini boleh dicapai melalui modal insan yang lebih dinamik dan kompeten. Modal insan merupakan nadi utama menggerakkan produktiviti sesebuah firma. Justeru, pelaburan ke atas pembangunan modal insan adalah satu strategi penting dalam meningkatkan prestasi firma untuk jangka masa panjang di samping melahirkan kumpulan pekerja yang lebih setia dan bertanggungjawab terhadap organisasi.
Pelaburan dalam pembangunan modal insan boleh dilaksanakan melalui beberapa pendekatan termasuk pembiayaan pendidikan dan juga latihan kemahiran. Pekerja yang berpengetahuan, berpengalaman, berkemahiran dan cekap mampu mengangkat organisasi berkembang seiring dengan cabaran ekonomi dan teknologi.
Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2019 merupakan peluang bagi ahli perniagaan dan pemimpin HR untuk berkumpul dan membincangkan isu, cabaran dan trend terkini yang sedang dihadapi setiap organisasi dalam aspek-aspek kritikal HR disamping menjadi platform bagi meluaskan jaringan kenalan professional. Sejak dilancarkan pada 2010, Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” telah berkembang menjadi satu-satunya persidangan pengurusan sumber manusia terbesar yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu di Asia dan berjaya mengangkat isu serta hala tuju pengurusan sumber manusia kontemporari, khususnya di era yang cukup mencabar ini.
""• Mempelajari kemahiran baru dan menaik taraf kemahiran sedia anda.
Tidak kira berapa lama anda berada dalam bidang HR atau apa kedudukan anda dalam syarikat, sentiasa ada sesuatu yang anda perlu belajar. Trend dan persepsi berubah, strategi dan inovasi baru dalam HR juga berlaku sepanjang masa. Untuk kekal relevaen, Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2019 ini akan memberikan anda akses kepada pelbagai pengetahuan HR dan amalan terbaik terkini dalam industri.
• Mendengar daripada pakar-pakar.
Penceramah kami terdiri daripada pemimpin yang berjaya, ahli strategi dan pengamal. Anda akan didedahkan kepada amalan, tips dan tunjuk-ajar dalam asas-asas HR yang telah dicuba dan diuji. Anda turut berpeluang untuk mempelajari strategi baru yang lebih berinovatif sekaligus mengubah pendekatan perniagaan anda.
• Membina rangkaian dengan rakan-rakan seindustri.
Apabila anda bertemu dengan ahli profesional di persidangan ini, anda akan mempunyai peluang untuk bekerjasama dan didedahkan kepada idea-idea baru yang mungkin mengubah persepsi anda. Jangan lepaskan peluang untuk diinspirasikan oleh mereka yang berpengalaman dan berjaya melalui perkongsian kisah kejayaan mereka dan pastikan anda juga berada di landasan yang betul!
• Kekal relevan dan mengikuti perkembangan semasa.
Dapatkan peluang untuk memartabatkan isu-isu pengurusan sumber manusia bagi meningkatkan daya saing organisasi anda dalam persekitaran socio- ekonomi dan dunia teknologi yang semakin mencabar.
Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2019 menampilkan barisan pemimpin dalam organisasi dan pengamal HR yang terbaik untuk berhubung dan mengetengahkan strategi pengurusan dan perkhidmatan HR dan isu-isu berkaitan peranan HR yang semakin kompleks, dalam usaha membantu organisasi untuk terus berkembang lebih kukuh. Tema-tema utama yang akan dibincangkan adalah:
• Sumber manusia dalam Revolusi Industri 4.0
• Peranan HR dalam memastikan tenaga kerja kekal relevan
• Kepentingan pengurusan bakat dan mengapa organisasi perlu melabur ke atasnya
• Strategi pembelajaran dan pembangunan paling diguna pakai
• Kaedah menguasai seni rundingan
• Kajian kes: Program kepimpinan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) ke arah kesejahteraan holistik
• Kepentingan keharmonian kerja dan kehidupan untuk melibatkan dan memotivasi bakat
• Menghargai setiap individu dalam pasukan yang berkepelbagaian
• Memacu fungsi HR melalui aplikasi teknologi
• Bagaimana Neuro Linguistic Programming (NLP) boleh membantu anda dalam pengurusan bakat yang hebat dan berkebolehan
Persidangan ini direka khusus untuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pengarah, Pengarah Urusan, Ketua, Ketua Jabatan, Pengurus, Penolong Pengurus, Pegawai, Senior Personnel dan Eksekutif daripada Jabatan Sumber Manusia atau Modal Insan.
Usha Devi Dolly Lim Meng Wei Harithah Harith |
Wesley Chan Wenzhen Derek Toh Mohammad Iesa Morshidi
DOWNLOAD SLIDES DOWNLOAD SLIDES DOWNLOAD SLIDES
Leo Lee Wan Ezrin Sazli Bin Wan Zahari Hilmy Hussain
DOWNLOAD SLIDES DOWNLOAD SLIDES DOWNLOAD SLIDES
Dr Amat Taap Manshor Fazila Banoo Manzur Elahi Abdul Hadi Abdul Wahab
DOWNLOAD SLIDES DOWNLOAD SLIDES DOWNLOAD SLIDES
Carliff Rizal Carleel Terry Khoo Suriahni Abdul Hamid
Fadhlullah Abd Rahman Mejar (B) Mohammad Qayyum Bin A. Badaruddin
DOWNLOAD SLIDES DOWNLOAD SLIDES
|