LATAR BELAKANG

Dunia telah menyaksikan beberapa pemimpin yang hebat, dari mereka yang menakluk dan memerintah dengan kekerasan kepada mereka yang menyelamatkan dunia dengan karisma dan belas kasihan. Kita telah mempunyai pemimpin autokratik, demokratik, laissez-faire, trendsetters, pemimpin hamba dan sebagainya, manakala selepas itu lahirnya pemimpin transformasi, pemimpin situasional dan gabungan semua perkara di atas. Namun apabila keadaan dunia menjadi semakin dinamik, kepimpinan bukanlah lagi sebuah gaya atau teori dalam buku teks semata-mata, dan bukan juga sesuatu yang boleh ditiru dengan hanya melihat orang lain.



Kepimpinan adalah tentang membuat orang memahami dan yakin dengan visi yang telah anda tetapkan untuk organisasi dan bekerjasama dengan anda untuk mencapai matlamat tersebut, sementara pengurusan adalah lebih kepada mentadbir dan memastikan aktiviti sehari-hari berjalan sepertimana yang sepatutnya. Sejak dari dulu, pengurusan menjadi satu cabaran besar dalam organisasi dan selalu dilihat sebagai seni yang dimiliki oleh orang berpengalaman. Ini kerana setiap pekerja mempunyai kelainan dari segi personaliti, disamping membawa pelbagai nilai dan sistem kepercayaan, seterusnya berkelakuan dan mempamerkan gaya tingkah laku yang berbeza.



Walaupun bukan perkara yang sama, kepimpinan dan pengurusan saling berkaitan dan perlu bergerak seiringan dan melengkapi antara satu sama lain. Sebarang usaha untuk memisahkan keduanya di dalam organisasi, mungkin akan menyebabkan lebih banyak permasalahan daripada penyelesaian. Sehubungan dengan itu, organisasi yang cemerlang dan berjaya memerlukan pengurusan yang boleh merancang, mengaturkan dan menyelaras kakitangannya, sambil memberi inspirasi dan memotivasi mereka untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.



Persidangan Pengurusan & Kepimpinan Dinamik 2018 ini akan memberi tumpuan kepada cabaran dan trend global yang membentuk strategi tenaga kerja dalam persekitaran yang dinamik hari ini. Melalui persidangan ini peserta akan dapat memahami kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang diperlukan untuk memenuhi dan dapat menyesuaikan diri dengan keperluan tenaga kerja yang semakin menuntut kepada pelbagai cabaran dan berdaya saing. Para peserta juga akan mempelajari bagaimana strategi industri dalam menjajarkan bakat dan organisasi bagi mewujudkan budaya inovatif, membangunkan modal insan dan mengekalkan bakat-bakat baru ke arah membina generasi akan datang sebagai pemimpin.

"

"

DI AKHIR PERSIDANGAN, DELEGASI AKAN MENDAPAT

• Mendalami ilmu keperluan-keperluan asas diri dan kemahiran sebagai pengurus/pentadbir organisasi.
• Memantapkan diri dalam bidang pengurusan, pembangunan dan pengukuhan organisasi.
• Melahirkan pengurus/pemimpin yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.
• Tips & strategi praktikal dari pemimpin organisasi dan pakar dalam bidang kepimpinan.
• Mendalami sistem pengurusan organisasi cemerlang dan pelaksanaan pelan tindakan organisasi melalui sistem pengurusan yang betul.
• Membina keyakinan diri melalui perkongsian pengalaman dari penceramah secara ”hands on” & ”step by step”
• Berinteraksi dengan pakar dan ahli professional yang lain yang terlibat dalam peranan pemimpin di Malaysia

FOKUS PERSIDANGAN

Persidangan Pengurusan & Kepimpinan Dinamik 2018 memberi peluang kepada para pemimpin dan pengurus dari pelbagai bidang untuk merapatkan jurang pengetahuan dengan menawarkan platform untuk berkongsi kemahiran-kemahiran dalam menjadi pemimpin dan pengurus yang lebih baik melalui program interaktif termasuk pembentangan utama, sesi panel, kajian kes dan Q&A. Topik-topik utama yang akan dibincangkan adalah:
• Mendefinisikan dan Mempertahankan Kepimpinan dalam Abad ke-21 dan Dekad Seterusnya
• Mengurus sebagai ‘Coach’ dan Membangun, Menguruskan dan Mengekalkan Kumpulan Berprestasi Tinggi
• Menangani Cabaran Kepimpinan Berkualiti
• Rahsia Komunikasi Pengurus yang Efektif
• Peranan Kritikal Program Pembangunan Kepimpinan semasa Perubahan Organisasi
• Peranan Kepimpinan dalam Mewujudkan Budaya Digital
• Keupayaan dan Keberkesanan Kepimpinan ‘Resilient’
• Kepimpinan dan Motivasi – Resepi Kejayaan Pekerja dan Organisasi

DELEGASI PERSIDANGAN

Persidangan Pengurusan & Kepimpinan Dinamik 2018 ini dianjurkan khas bagi pemimpin dan pembuat keputusan peringkat atasan seperti CEO, COO, CTO, CIO, Ketua-ketua, Presiden, VP, Pengarah, GM dan kakitangan kanan termasuk Kerajaan Tempatan, Agensi & Pihak Berkuasa serta wanita-wanita dari organisasi-organisasi berikut:
• Sektor awam dan swasta
• Pembuat keputusan dari sector korporat
• Badan-badan NGO
• Pengurus-pengurus
• Usahawan


Dan bahagian-bahagian lain yang terlibat dari pelbagai latar belakang dan industri.