Pembangunan modal insan merupakan tunjang belakang sesebuah organisasi. Modal insan mesti berilmu, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran. Ketersediaan tenaga kerja yang kompeten dan fleksibel merupakan salah satu faktor yang kritikal bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Tidak ada negara yang mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan kompeten seiring the dengan arus perubahan teknologi.
Pembangunan modal insan di Malaysia memerlukan usaha yang komprehensif dan bersepadu di peringkat sektor awam mahupun swasta. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif harus ditingkatkan bagi menghasilkan generasi yang mampu bersaing di peringkat lokal mahupun global. Setiap organisasi memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan modal insan yang berinovatif, berkemahiran dalam kepimpinan, kecerdasan emosi dan kemahiran teknologi seriring dengan kehendak pasaran semasa. Justeru itu, pembangunan modal insan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa menerusi program meningkatkan kemahiran bagi mengekalkan kerelevanannya dengan berteraskan konsep perubahan teknologi, pembangunan daya saing dan produktiviti yang tinggi.
Persidangan ini berpandukan kepada beberapa objektif iaitu meningkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada pengurusan sumber manusia yang kompeten, berkongsi pelbagai strategi kepimpinan dan penguasaan teknologi sinonim dengan kemajuan negara. Semoga dengan persidangan ini dapat melahirkan insan yang cemerlang, progresif dan mampan.
""
Antara intipati menarik objektif persidangan ini:
• MENEROKA aspek penting dalam kemajuan organisasi
• MENGUPAS peranan komunikasi dalam meningkatkan pembangunan motivasi
• MEMBINCANGKAN kepentingan kesihatan mental di tempat kerja
• MEMBENTUK kecemerlangan untuk mendapatkan pekerja yang sesuai bagi mencapai sasaran untuk pekerjaan yang betul
• MENYEBARKAN maklumat terkini pengurusan modal insan dalam era digital
• BERKONGSI strategi-strategi kepimpinan transformasional bagi memacu perubahan positif dalam organisasi
• MEMBENTANGKAN maklumat mengenai peluang dan cabaran yang didatangkan oleh kecerdasan buatan (AI)
• BERTUKAR pendapat tentang trend-trend terkini pemodenan modal insan dan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang kian berkembang maju
• Pengurusan Sumber Manusia
• Pembangunan Modal Insan
• Pengurusan & Pentadbiran
• Latihan & Pembangunan
• Perancangan Strategik
• Komunikasi Korporat
• Integriti & Penguatkuasaan
• Kecerdasan Buatan (AI) & Pembelajaran Mesin