Persidangan Pemodenan Modal Insan 2024 adalah pentas wacana berkenaan isu – isu terkini dan trend-trend popular dalam pengurusan modal insan. Prestasi tenaga kerja di sesebuah organisasi berkait rapat dengan kejayaan pengurusan modal insan. Selain cekap dan produktif, pengurusan modal insan perlu berubah seiring perkembangan semasa agar kekal relevan dan efektif.
Trend – trend semasa yang menjadi antara pengaruh utama dalam transformasi sesebuah organisasi adalah pendigitalan dan kecerdasan buatan. Kedua-dua elemen ini perlu diterima pakai sekiranya sesebuah organisasi ingin menjadi entiti yang mampan. Pemodenan dan perubahan positif adalah perlu bagi setiap bahagian organisasi, terutamanya pengurusan modal insan agar dapat mewujudkan tenaga kerja yang berdaya saing, berdaya tahan dan juga produktif.
Matlamat utama Persidangan Pemodenan Modal Insan 2024 adalah menjadi penghubung antara tokoh-tokoh yang ahli dalam bidang pengurusan modal insan dengan para penggiat dalam pengurusan modal insan. Pelbagai topik menarik akan di utarakan termasuk kemahiran insani, strategi pengurusan modal insan dan teknologi pengurusan modal insan terkini. Acara eksklusif ini adalah pemangkin kepada transformasi dan pemodenan pengurusan modal insan di Malaysia dalam menghadapi segala cabaran di era digital ini.
Persidangan Pemodenan Modal Insan 2024 merupakan acara eksklusif buat para profesional yang terlibat dalam pengurusan modal insan. Para penceramah jemputan yang berpengalaman akan:
• Mengajar cara-cara kepimpinan yang berkesan untuk pertumbuhan organisasi
• Mengetengahkan kepentingan keseimbangan antara kesihatan mental dan fizikal
• Mengupas kaedah-kaedah komunikasi berkesan di antara pelbagai generasi tenaga kerja
• Berkongsi strategi-strategi yang didapati berkesan untuk mengoptimumkan pengurusan bakat
• Menyebarkan maklumat terkini tentang pengurusan modal insan dalam era digital
• Membentangkan maklumat mengenai pengaruh , caran dan peluang yang didatangkan oleh kecerdasan buatan (AI)
Persidangan Pemodenan Modal Insan 2024 adalah acara di mana profesional-profesional dalam bidang pengurusan sumber manusia dan modal insan akan berkongsi pengalaman, ilmu, buah fikiran yang boleh menambahbaik pengurusan modal insan di negara ini.
Antara topik-topik menarik yang akan dibincangkan adalah pengurusan di era digital, kepimpinan, kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan modal insan. Selain itu, acara eksklusif ini turut memuatkan tajuk – tajuk penting dalam pengurusan modal insan iaitu pengurusan transformasi, pengurusan bakat, pengurusan krisis dan juga konflik. Dalam persekitaran tempat kerja moden, para tenaga kerja akan menghadapi pelbagai tekanan untuk memberikan prestasi terbaik oleh itu cara mencapai keseimbangan dari segi kesihatan fizikal dan mental adalah amat penting untuk diutarakan.
Persidangan ini merupakan platform yang akan menyediakan pelbagai perkongsian bermanfaat dari tokoh-tokoh modal insan di negara ini dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi pengurusan modal insan agar kekal relevan dan cemerlang.
Persidangan Permodenan Modal Insan 2024 adalah program eksklusif yang direncanakan khas buat, pengarah urusan, pengarah, timbalan pengarah, pengurus, ketua jabatan, ketua unit, ketua bahagian, pegawai kanan dalam bidang:
• Pembangunan Modal Insan
• Sumber Manusia
• Komunikasi Korporat
• Pengurusan
• Pentadbiran
• Latihan & Pembangunan
NOR DALIYA MOHD DAUD MOHAMED ASLAM BIN IQBAL MOHAMED FIZREE RASHID Ketua Pegawai Eksekutif Ketua Modal Insan Pakar Strategi dan Analitik Sumber Manusia
|
MONALIZA M. AMID ZOLIDA MOHD DAUD DR. KOGILA @ SHANTI MUNIANDY
Pengasas Trainer, Career Coach Pendaftar – Ketua Pegawai Pentadbiran
|