Pengurusan modal insan adalah amat penting dalam kejayaan dan pertumbuhan sesebuah organisasi. Ini adalah kerana aset penting bagi organisasi adalah tenaga kerja atau modal insan. Kini, persekitaran kerja telah berevolusi disebabkan fasa pandemik dan telah mengubah aturan kerja di sesetengah organisasi menjadi fleksibel. Terdapat juga organisasi yang membenarkan bekerja dari rumah ataupun bekerja secara hibrid. Antara perubahan lain pasca pandemik adalah kesihatan mental yang lebih diutamakan. Kebanyakan golongan pekerja sekarang lebih mementingkan keseimbangan pekerjaan-kehidupan. Oleh itu, berada di organisasi yang memberikan keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih baik akan menjadi keutamaan tenaga kerja.
Selain itu, pihak pengurusan sumber manusia perlulah berada dalam prestasi terunggul agar dapat mengurus modal insan dengan cara terbaik. Pihak pengurusan juga hendaklah menjadi pemimpin kepada tenaga kerja agar dapat menyumbang kepada kelangsungan dan pertumbuhan yang baik bagi organisasi. Antara strategi yang boleh diguna ialah memupuk budaya positif dan memastikan pengalaman yang baik bagi para pekerja. Selain itu, penilaian prestasi yang adil dan tawaran faedah yang setimpal akan turut meningkatkan motivasi tenaga kerja untuk menyumbangkan yang terbaik bagi sesebuah organisasi. Antara kemahiran penting yang perlu diasah oleh setiap pengurus modal insan ialah sifat-sifat kepimpinan, disiplin, kemahiran komunikasi dan juga kemahiran menangani krisis dan konflik. Tambahan pula, pengurus modal insan hendaklah sentiasa mengemaskini pengetahuan dengan trend-trend pengurusan terkini untuk kekal relevan, produktif dan progresif.
Persidangan Pengurusan Modal Insan Progresif 2023 adalah platform eksklusif untuk sebaran informasi terkini dan relevan dalam bidang pengurusan modal insan buat tahun 2023. Barisan penceramah yang terbilang akan berkongsi pelbagai isu terbaru dan topik yang menarik mengenai pengurusan modal insan dan menyasarkan untuk:
• Mengajar cara-cara kepimpinan yang berkesan untuk pertumbuhan organisasi
• Berkongsi jenis kepimpinan yang di perlukan di era digital
• Membincangkan cara-cara yang boleh diterima pakai oleh pihak pengurusan dalam mengikuti pindaan-pindaan dalam Akta Pekerjaan 1955
• Mengetengahkan kepentingan kesihatan mental dan rohaniah serta cara-cara memelihara kedua-duanya
• Memotivasi para peserta agar terus fokus dan bersemangat dalam pekerjaan
• Membentangkan kaedah-kaedah komunikasi berkesan yang akan melancarkan urusan pekerjaan
• Berkongsi strategi-strategi yang didapati berkesan untuk mengoptimumkan pengurusan modal insan
• Menyebarkan maklumat terkini tentang pengurusan modal insan dalam era Revolusi Industri Ke-4
Persidangan yang berlangsung pada setiap tahun ini akan mengumpulkan para pakar di dalam bidang sumber manusia dan pembangunan modal insan untuk berkongsi pengalaman, ilmu, buah fikiran yang boleh menambahbaik pengurusan modal insan di negara ini.
Antara topik-topik menarik yang akan dibincangkan adalah termasuk pindaan Akta Pekerjaan 1955, teknik meningkatkan kemahiran para profesional bidang sumbar manusia, teknik – teknik komunikasi yang efektif, cara-cara memelihara kesihatan mental serta cara-cara menangani tekanan di tempat kerja.
Selain itu, para pemimpin dalam industri ini akan berkongsi juga tentang kepimpinan, cara melatih tenaga kerja dan juga cara menguruskan krisis dan konflik di tempat kerja. Persidangan ini dirancang sebagai platform perkongsian terkini dari tokoh-tokoh pembangunan modal insan untuk mencapai matlamat pengurusan modal insan yang progresif dan dinamik demi pembangunan negara.
Persidangan ini direka khas untuk, pengarah urusan, pengarah, timbalan pengarah, pengurus, ketua jabatan, ketua unit, ketua bahagian, pegawai senior dalam bidang:
• Pembangunan Modal Insan
• Sumber Manusia
• Komunikasi Korporat
• Pengurusan
• Pentadbiran
• Latihan & Pembangunan
Dato’ Dr. AZIZON OTHMAN MOHAMMAD ADZAM KHODZIN HANI SUHAILA RAMLI |
DOWNLOAD SLIDE DOWNLOAD SLIDE DOWNLOAD SLIDE
Dr. RAN ROZAIMI HANIZA MOHD FADZIL NORLIEYANA ROOS AFFENDEY
DOWNLOAD SLIDE DOWNLOAD SLIDE
KHAIRUL SYAFIQAH MOKHTAR Ts. Dr. MOHD KAMAL MUHSIN MOHD YUNUS KHADIJAH ISKANDAR
MOHD IKHMIL FAWEDZ MOHD HANIF MOHD RAZMI BIN KHALID JOHAN IRWAN BIN KAMAROZAMAN
DOWNLOAD SLIDE DOWNLOAD SLIDE DOWNLOAD SLIDE
MOHD RIZAL HASSAN
|