LATAR BELAKANG

Revolusi teknologi telah memangkinkan pertumbuhan organisasi- organisasi perniagaan yang membawa nafas baru dalam industri. Struktur organisasi juga dilihat semakin kompleks dengan kehadiran Gen-Z ke dalam kumpulan tenaga kerja. Perbezaan ideologi, cara kerja dan pemikiran menjadi satu cabaran bagi pucuk pimpinan dalam mewujudkan kesefahaman dan kerjasama antara ketiga- tiga generasi ke arah mencapai matlamat yang sama.

Pendekatan kepimpinan juga semakin berubah mengikut keperluan semasa. Para pemimpin mula cenderung untuk memimpin secara lebih fleksibel dan terbuka terhadap perubahan yang dilihat mampu membawa penambahbaikan kepada organisasi. Para pemimpin juga berdepan cabaran untuk mencetuskan perubahan kesemua ahli organisasi agar kekal relevan dalam persaingan antara manusia dan automasi. Para pemimpin perlu bijak untuk membuat pelaburan dalam menggilap potensi dan meningkatkan kemahiran ahli organisasi dengan menyediakan latihan, kursus dan pendedahan yang bersesuaian.


Kepelbagaian karakter dalam sesebuah organisasi memerlukan pemimpin yang berkemahiran bagi menggilap potensi pekerja mereka sekaligus membawa semangat pasukan untuk menjadi lebih dinamik dan progresif. Kemampuan pemimpin untuk memanfaatkan diversiti akan menguntungkan organisasi pada jangka masa panjang.


Seiring dengan perubahan teknologi, semakin banyak organisasi – organisasi yang dipelopori oleh golongan muda telah ditubuhkan. Kebanyakan kumpulan pemimpin muda ini lebih mengutamakan konsep keterbukaan dan cenderung membuat keputusan melalui pemerhatian dan penilaian yang analitikal.


Walaubagaimanpun, tekanan dan tuntutan kerja masa kini dilahat telah mendorong kepada pelbagai masalah yang berkaitan emosi. Tekanan mental yang berpunca daripada tekanan di tempat kerja semakin kerap berlaku. Pemimpin yang baik seharusnya bijak mengendalikan kestabilan emosi pekerja dan menyelesaikan konflik dalaman organisasi agar tidak menjejaskan keharmonian dalam organisasi.


Persidangan Pengurusan dan Kepimpinan Dinamik 2019 adalah platform terbaik bagi membincangkan isu- isu berkaitan kepimpinan dan pengurusan masa kini. Pendekatan kepimpinan yang terbaik dan relevan dengan masa kini akan dikupas oleh para pemimpin yang berpengalaman. Persidangan ini juga akan mengupas rahsia di sebalik kejayaan pemimpin- pemimpin organisasi terkemuka di tanah air.

"

"

DELEGASI PERSIDANGAN

Persidangan Pengurusan & Kepimpinan Dinamik 2019 ini dianjurkan khas bagi pemimpin dan pembuat keputusan peringkat atasan seperti CEO, COO, CTO, CIO, Ketua-ketua, Presiden, Timbalan Presiden, Pengarah, Pengurus Besar dan kakitangan kanan termasuk Kerajaan Tempatan, Agensi & Pihak Berkuasa dari organisasi-organisasi berikut:
• Sektor awam dan swasta
• Badan-badan NGO
• Pengurus-pengurus
• Usahawan
Dan bahagian-bahagian lain yang terlibat dari pelbagai latar belakang dan industri.

FOKUS PERSIDANGAN

Persidangan Pengurusan & Kepimpinan Dinamik 2019 merupakan persidangan tahunan yang menjadi platform interaktif bagi para pemimpin, pengurus dan pengarah dari pelbagai organisasi untuk saling berkomunikasi dan berkongsi idea serta pengalaman. Para peserta juga berpeluang untuk menambah pengetahuan dengan mendengar kupasan-kupasan menarik daripada pemain-pemain industri yang akan berdialog mengenai isu- isu pengurusan dan kepimpinan seperti:



• Tenaga Kerja Multi Generasi
• Kesihatan Mental di Tempat Kerja
• Agile Leadership/ Change Leadership
• Kepimpinan Pertengahan
• Kemahiran Kepimpinan untuk Revolusi Industri 4.0
• Pelaburan dalam Sumber Manusia
• Integriti dan Akauntabiliti
• Kepimpinan Kolektif

DI AKHIR PERSIDANGAN, DELEGASI AKAN MENDAPAT

• Mendalami ilmu keperluan-keperluan asas diri dan kemahiran sebagai pengurus/pentadbir organisasi.
• Memantapkan diri dalam bidang pengurusan, pembangunan dan pengukuhan organisasi.
• Melahirkan pengurus/pemimpin yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.
• Tips & strategi praktikal dari pemimpin organisasi dan pakar dalam bidang kepimpinan.
• Mendalami sistem pengurusan organisasi cemerlang dan pelaksanaan pelan tindakan organisasi melalui sistem pengurusan yang betul.
• Membina keyakinan diri melalui perkongsian pengalaman dari penceramah secara ‘hands on’ dan ‘step by step’
• Berinteraksi dengan pakar dan ahli professional yang lain yang terlibat dalam peranan pemimpin di Malaysia