LATAR BELAKANG

Modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Melihat kepada pentingnya modal insan sebagai aset utama sesebuah negara, Pembangunan Modal Insan telah disenaraikan sebagai satu daripada empat strategi utama negara dalam merealisasikan mencapai matlamat negara maju.


Cabaran-cabaran seperti kepimpinan, imbuhan dan penyelarasan gaji, etika dan integriti pekerja, penilaian prestasi dasar dan juga penyediaan peluang pekerjaan menjadi isu utama dalam pengurusan sumber manusia. Walaubagaimanapun dengan kemajuan baru digital yang dinamik, trend mega ekonomi, tumpuan yang semakin meningkat ke atas analisis yang boleh diukur, dan juga tenaga kerja yang lebih tangkas, berangkai dan lebih berpengetahuan berbanding sebelum ini, HR telah memikul tanggungjawab dan berada dalam kedudukan strategik yang lebih penting dalam organisasi dan dengan itu ditugaskan untuk mengendalikan kompleksiti di tempat kerja yang sentiasa di ambang pembaharuan.


Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2017, merupakan peluang bagi ahli perniagaan dan pemimpin HR untuk mengumpul dan membincangkan isu terkini, cabaran dan trend yang sedang dihadapi setiap organisasi. Sejak dilancarkan pada 2010, Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” telah berkembang menjadi persidangan modal insan terbesar yang satu-satunya dikendalikan dalam Bahasa Melayu di Asia untuk HR professional bertukar-tukar idea dan belajar tentang strategi pengurusan bakat yang mutakhir daripada pemimpin HR serantau dan global.

"

"

DI AKHIR PERSIDANGAN, DELEGASI AKAN MENDAPAT

• Mempelajari kemahiran baru dan menaik taraf yang sedia anda. Tidak kira berapa lama anda berada dalam HR atau apa kedudukan anda pegang di dalam syarikat, mungkin masih ada sesuatu yang anda perlu belajar. Trend dan persepsi berubah, strategi dan inovasi baru dalam HR berlaku sepanjang masa - untuk kekal up-to-date, Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2016 ini memberikan anda akses kepada pelbagai pengetahuan HR dan amalan terbaik terkini dalam industri.

• Mendengar daripada pakar-pakar. Penceramah kami pemimpin yang berjaya, ahli strategi dan pengamal. Mereka terdiri daripada HR professional dan juga pemimpin dalam industri yang tahu apa yang anda perlu tahu. Anda akan didedahkan dengan amalan, tips dan tunjuk ajar dalam asas-asas HR yang telah dicuba dan diuji dan mendapatkan pemahaman yang unik tentang strategi baru yang inovatif yang akan mengubah cara kita menjalankan perniagaan.

• Membina rangkaian dengan rakan-rakan anda. Apabila anda bertemu dengan rakan-rakan anda, anda akan mempunyai peluang untuk bekerjasama, mendengar idea-idea baru yang boleh sekali gus mengesahkan atau mengubah persepsi anda. Anda boleh mendengar apa yang orang lain lakukan dan mendapat inspirasi untuk melaksanakan sesuatu yang serupa dalam organisasi anda sendiri atau menyedari bahawa anda telah pun berada di landasan yang betul!

• Kekal relevan dan mengikuti perkembangan semasa. Mencari produk dan perkhidmatan yang inovatif untuk kekal berdaya saing dalam dunia perniagaan hari ini.

FOKUS PERSIDANGAN

Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2016 menampilkan barisan pemimpin dalam organisasi dan pengamal HR yang terbaik untuk berhubung dan mengetengahkan strategi pengurusan dan perkhidmatan HR dan isu-isu berkaitan peranan HR yang semakin kompleks, dalam usaha membantu organisasi untuk terus berkembang kukuh. Tema-tema utama yang akan dibincangkan adalah:
• Realiti dan trend pengurusan bakat di Malaysia
• Pengendalian pengambilan tenaga kerja asing dan tempatan
• Kepentingan HR yang semakin berkembang sebagai rakan kongsi perniagaan strategik
• Strategi dalam menghasilkan pemimpin masa depan
• Teknologi, analisis tenaga kerja untuk pengurusan bakat
• Menilai, mengambil dan membangunkan yang terbaik
• Trend pampasan dan faedah di Asia
• Amalan terbaik dalam faedah fleksibel
• Kesihatan dan Kesejahteraan
• Revolusi digital HR

DELEGASI PERSIDANGAN

Persidangan ini direka khusus untuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pengarah, Pengarah Urusan, Ketua, Ketua Jabatan, Pengurus, Penolong Pengurus, Pegawai, Senior Personnel dan Eksekutif daripada Jabatan Sumber Manusia atau Modal Insan.